Wednesday, March 20, 2013

Dean List

Assalamualaikum my chingu2 semua....

heheheh....
Apa khabar semua???
Harap semua sihat2 selalu dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT...
(Unni br nak start demam... uhuk2... batuk... tp unni suke sbb ini ujian dari Allah yang dapat menghapuskan dosa2 kecil kita dan ini tandanya Allah sayang kat kita... heheheh)

Ok... Entry kali ini Unni nak citer pasal Dean List @ Anugerah Dekan....
Alhamdulillah... dgn izin Allah... Unni dan Geng12 serta rakan2 lain berjaya memperoleh Anugerah Dekan tu....

Dulu2 time first masuk belajar kat UTeM ni... dpt tgk jer org naek pentas ambil anugerah nih.... dalam hati selalu terselit ''mmm.... macam mane mereka boleh dapat anugerah tu? macam mana mereka belajar dan berjaya ke tahap tu?"

Lepas habis jer sem 1 (maksudnyer masuk sem 2 la tu... hehehh) .... Unni try jgk la belajar cikit2... heheheh.... walaupun sentiasa ada penyakit M (MALAS) tu.... Unni try ubah cikit2 cara belajar... dalam kelas, try fokus walaupun kadang2 tersengguk2 jgk la dalam kelas tu... heheheh.... (mmg x dapat nak elak... biler lecturer start jer buka mulut... mata terus jer rasa berat... hahahahah.... maaf ek... lecturer2 ku sekalian....) ... pastu, balik umah @ hostel... try jgk r... selak2 notes... n paling best.... sebelum nak exam.... buat discussion dgn Gengz... hhehehe.... time tu mmg melekat segala ilmu...
Bak kata pepatah:

The More You Give, The More You Get (prinsip sedekah ilmu)

Alhamdulillah.... Akhirnya... harapan menjadi kenyataan.... Pada Sem II sesi 2009/2010, Unni berjaya naek ke pentas dan terima sijil anugerah dekan yang disampaikan oleh Dr.Md. Nor Hayati bin Tahir....

Time tu... betul2 rasa bersyukur sgt2.... rupa2 nya, ada satu perasaan istimewa dalam diri apabila ramai kawan2 dan guru2 meraikan kejayaan kita.... Sejak daripada itu... Unni terus berazam dan berdoa agar Allah sentiasa membukakan pintu hati Unni utk terus menimba ilmu.... (jgn salah paham... belajar bukan sekadar nak dapatkan anugerah jer.... tp sebagai petunjuk dan bekalan kita di masa hadapan.... )

mmm... cerita bab ilmu ni... terigt lak Unni satu kisah Sahabat Nabi SAW - Khalifah Ali bin Abi Talib-

Suatu hari semasa Khalifah Ali bin Abi Talib memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.

"Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota dan Ali adalah pintunya?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.

"Memang benar...." jawab Ali bin Abi Talib

Lelaki pertama bertanya, "Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"

"Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta," jawab Ali.

"Apa dalilnya, wahai Ali?" tanya lelaki itu lagi.

"Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para Nabi dan Rasul. harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain," jawab Ali.

Lelaki kedua pula bertanya, "wahai Ali manakah yang lebih baik antara ilmu dan harta?"

"Tentulah ilmu itu lebih baik daripada harta", jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.

"Apa dalilnya?" tanya lelaki kedua itu.

"Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya," jawab Khalifah Ali.

Lelaki ketiga pula bertanya,"wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?"

Maka di jawab oleh Khalifah Ali,"Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai banyak musuh. Tetapi orang yang mempunyai banyak ilmu mendapat ramai kawan".

Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, "Wahai saudaraaku, harta itu apabila dibelanjakan ia akan berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah".

Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, "Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati".

Lelaki keenam pula bertanya lalu dijawab oleh Khalifah Ali, "Pemilik harta akan dihisap pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat."

Khalifah Ali memandang ke arah lelaki ketujuh lalu berkata, "Harta   menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati"

Kepada lelaki ke lapan Khalifah Ali berkata,"Harta semakin lama disimpan ia akan semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk. Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah."

Akhirnya  10 lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib itu beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifah Ali dapat memberi banyak jawapan dengan hanya satu soalan.

"Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh  memberi 100 jawapan yang berbeza," kata Khalifah Ali bin Abi Talib.
Ok lah... da panjang sgt Unni bercerita nih....
ok...Sejak daripada itu... Unni dan Geng12 yang lain berusaha keras untuk belajar... dan sekarang jom kiter layan beberapa detik indah Genz12 yang berjaya dapat anugerah dekan utk sem2 akhir nih... hehehehhe

 Wajah2 Ceria Gengz BTEC 
 3 Serangkai - Najah,Matun,Seha-

 Gengz12
Tahniah kepada - fuzah, kama, tikah, ana, matun, seha, yana, fatin, wani n Unni-
-x lupa juga pada cik sue dan cik zieta-

 Wajah2 ceria Gengz12 bersama Fahimi

-Unni n Che2-


-Ilmu Itu Adalah Warisan Para NABI Dan RASUL, Harta Itu Warisan Qarun,

 Firaun, Syaddad Dan Lain-Lain.

-Ilmu Itu Menjaga Kamu Tetapi Harta Itu Kamu Yang Menjaganya.

-Orang Yang Mempunyai Banyak Harta Akan Mempunyai Ramai Musuh, Tetapi

 Orang Yang Banyak Ilmu Mendapat Ramai Kawan.

-Harta Itu Apabila Dibelanjakan Ia Akan Berkurang, Tetapi Ilmu Itu

 Jika Diamalkan Akan Bertambah.

-Orang Yang Banyak Harta Biasanya Kedekut Dan Tidak Dihormati,

 Tetapi Mereka Yang Banyak Ilmu Pemurah Dan Dihormati.

-Pemilik Harta Akan Dihisab Pada Hari Kiamat, Ilmu Pula Akan

 Memberi Syafaat Kepadanya Pada hari Kiamat.

-Harta Menjadikan Pemiliknya Keras Hati, Tetapi Ilmu Menjadikan

 Pemiliknya Terang Hati.

-Harta Disimpan Ia Semakin Usang Tetapi Ilmu Tidak Usang Dan Tidak Lapuk.

-Pemilik Harata Akan Berkata Harta Itu Milik Dia, Pemilik Ilmu Pula

 Berkata Ilmu Itu Milik ALLAH S.W.T.

 Sungguh Ilmu Lebih Berharga Daripada Harta.

 Jawapan Daripada Saidina Ali Bin Abu Talib A.S. Apabila 9 Tetamu Berjumpa

 Dengannya Dan Bertanya Soalan Yang Sama.